Powered By Blogger

Friday, February 12, 2010

Valentine oh valentine!!!

Terdetik hati ni nk tulis kat blog ni bila semalam ak keluar ngn adk ak..tnmpak la couple2 yg romantis gitu..i suap you and you suap i.isshh mnyampahnyer ak tgk.bukan nk kata ak jeles kat diorg,tp agak2 la sikit..ramai yg lalu lalang,pas2 ada lagi budak2 kecik..ni ke yg nk jd contoh kat budak2 yg x tahu apa2 lagi nih?

Berbalik pada topik asal,bulan februari ni a.k.a bulan kekasih bulan yg ditunggu oleh semua couple..nak tunjukkan kasih dan sayang mereka kat kekasihnyer..macam la hari len x bole tnjuk kasih & sayang..lepas kahwin kalo setiap hari nk tnjuk cinta kat suami @ isteri elok jugak 2,tp ni x kahwin tp gaya mengalahkan pasangan suami isteri yang baru berkahwin.

Jadi ak nak share la pengetahuan ak yg x seberapa ni kat kawan-kawan semua.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Jadi kalo dah keluar fatwa tp kenapa kita masih lagi celebrate valentine day??nk kata x tahu mcm x logik je sebab saban tahun ak dgr perkara yg sama,valentine haram utk org islam..jd jom kita sama2 renung2 kn diri kita n pesan la kat kawan2 kita yg len..

0 comments: