Powered By Blogger

Monday, June 14, 2010

Ragam manusia

Entah kenapa dalam diriku mengatakan seseorang itu cuma berpura-pura dengan aku.Adakah dia tidak puas hati dengan aku ataupun memang itu perangainya?Pening kepala apabila difikirkannya.Hairan betul dengan sifat manusia ini.Macam-macam ragam aku aku telah jumpa.Ada yang depan nampak baik tapi di belakang tikam kawan sendiri, ada yang sanggup berkorban untuk orang lain, ada yang asyik cemburu dengan orang lain, tidak kurang juga yang sangat baik hati dan ada juga yang berlandaskan nafsu semata-mata.

Bak kata seorang pesnyarah aku, ilmu yang paling hebat ialah pengalaman."Jangan awak sesekali memandang rendah orang lain kerana luarannya".Itulah antara prinsip yang aku pegang sekarang ini.

Jadi, aku akan cuba berhadapan dengan makhluk Allah ini dengan sebaik mungkin dan harap-harap hal ini tidak membelenggu aku lagi.Insyaallah...

Saturday, June 12, 2010

Tahniah untuk Shuieb



Kali ini blog aku berkisahkan seorang kawan masa sekolah rendah dahulu berkahwin dengan gadis pilihannya...Majlis kenduri pada 7.6.2010 cukup meriah dengan kehadiran aku kot?hehe..Shuieb kelihatan segak bergaya seperti gaya seorang pahlawan masa lalu dengan berbaju melayu warna putih dan keris di sisi pinggang.Aku turut berpeluang berjumpa dengan isterinya iaitu Za..Orangnya berkulit cerah, sederhana tinggi dan tinggal di Batu Enam.

Ini sedikt gambar yang aku curi dari kawan-kawan aku...


Ala-ala korea gitu.hihi



Romantiknya =)



Sehati dan sejiwa

Friday, June 4, 2010

Demam Piala Dunia

Selepas solat subuh pagi tadi, aku tidak berhenti-henti bersin...Ini mesti kes mengemas rumah sewa(bersihkan rumah sewa sebab mahu balik kampung).haha..Kemudian aku ke dapur untuk minum air kosong dikala kerongkong ini menjerit-jerit dahagakan air, tiba-tiba, aku disampuk oleh ayah aku.Ayah aku sedikit kaget melihat diriku, kerana berjalan sambil memegang hidung."Apa yang abang buat ke sana dan ke mari sambil tutup hidung tu?" aku cuma menjawab malas "selsema"..Selepas itu aku terdengar ayah aku ketawa sambil mengatakan "Hai, piala dunia belum mula lagi, tapi abang dah kena demam piala dunia?hahaha"...Aku pun apa lagi, ketawa bersama-sama dia sehinggakan gelas yang aku pegang itu hampir terlepas dari genggaman tanganku.

Sepak mula Piala Dunia akan bermula 11/6/2010 dan pasukan tuan rumah iaitu Afrika Selatan akan menentang Mexico.

Sudah pasti seluruh tumpuan dunia akan tertumpu di Afrika Selatan dan aku berharap pasukan kegemaran aku iaitu England akan menjulang Piala Dunia kali ini.Aku yakin dengan barisan pemain generasi emas ini akan mengakhiri kemarau piala dunia.

Thursday, June 3, 2010

Cuti!!

Kepala ini rasanya sangat ringan dan lega.Mana tidaknya, selama 2 minggu mendera otak untuk mengulang kaji pelajaran.Subjek yang paling aku geruni ialah tidak lain dan tidak bukan iaitu Energetic in Chemistry walaupun subjek kimia adalah salah satu mata pelajaran yang paling aku minati sehingga kini

Setelah habis kertas peperiksaan yang terakhir iaitu English, aku habiskan masa aku dengan bermain futsal sehinggakan sehinggakan aku "dibenci" oleh sesetengah kawanku kerana mereka berhempas pulas untuk menjaringkan gol sewaktu aku menjadi benteng terakhir sebelum mereka menjaringkan gol..hehe..Seronok betul apabila dapat menyelamatkan percubaan mereka dan menduga kemanakah bola itu akan disepak atau ditanduk.. =)satu kepuasan yang amat sangat..

Cuti ini aku berazam untuk berjoging di Bukit Besar selang dua hari.Aku tidak mahu menjadi rakan-rakan ku yang lain,makin hari makin malas untuk membuat senaman.Akan aku pastikan diriku ini kekal cergas!!!!

Thursday, May 20, 2010

Selamat menduduki peperiksaan

20.7.2010 bermulalah tarikh kami warga guru pelatih ambilan januari 2008 menduduki peperiksaan..Enah macamana dengan peperiksaan kali ini?Ramalan aku, peperiksaan kali ini dijangka sangat sukar terutamanya bagi subjek Kimia dan English..Aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini..Sama-sama kita doakan kejayaan kawan-kawan kita yang lain =)

Sunday, May 16, 2010

Hari Guru & Hari Menyakitkan Hati

Mula-mula sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru dan para pelatih.Aku masih lagi dalam kategori pelatih yang bakal menamatkan kursus perguruan dengan jayanya.Insyaallah...

Malam tadi, aku bergaduh dengan kawan serumah aku.Semuanya gara-gara perangai dia yang tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan laptop aku.Siapa tak marah kalau dah memang terang-terangan buat salah tapi tidak mahu bertanggungjawab.Aku memang naik darah dengan dia!Kos membaik pulih laptop aku menelan belanja RM550 kerana kesilapan dia.Aku bukannya orang yang tidak berhati perut, aku cuma meminta dia bersama-sama dengan aku berkongsi kos membaiki laptop aku.Aku minta RM250 dari dia dan baki yang lain, aku yang tanggung kesemuanya.

Tapi kerana perangai yang kebudak-budakan, dia tetap berkeras tidak mahu berkongsi wang untuk membaiki laptop aku.Belajar agama tinggi-tinggi tapi macam ini ke perangai seorang ustaz yang nak mendidik anak bangsa?Kalau macam ini, jawabnya rosaklah anak murid ustaz yang tak matang ini.

Aku cukup hairan bagaimana dia ini nak hidup dalam masyarakat?Kalau ikutkan hati yang membara malam tadi, aku ingin mengatakan jika tidak mahu bertoleransi dengan aku, maka dengan segala hormatnya awak boleh keluar dari rumah sewa ini dan carilah rumah sewa yang lain.Tapi aku masih lagi waras, aku tidak sampai hati berkata sedemikian kerana aku tahu bahawa tiada seorang pun yang sanggup menerima dia.Boleh dikatakan hampir semua sedia maklum dengan perangai tidak matang si ustaz ini.

Monday, May 10, 2010

Hari Ibu

Umi, di sini anakanda mu ingin ucapkan Selamat Hari Ibu..Abang nak minta maaf jika terkasar bahasa dengan umi..Abang rasa, abang banyak buat salah dengan umi tapi umi tetap buat-buat tak tahu.Nak jaga hati abang.Abang beruntung dapat seorang ibu seperti umi.Umi, sekali lagi abang nak ucapkan Selamat Hari Ibu.

Love You So Much Rajmi bt Omar...

Friday, May 7, 2010

Perbualan antara junior dengan senior...

Bagus betul aku hari ini, pagi-pagi dah bangun awal.konon-kononya nak buat ulangkaji, maklumlah, tak lama lagi ada ujian akhir semester.Macam biasa, hangat-hangat tahi ayam, lepas baca buku 5 minit terus letak buku dan buka blog ini...

Malam tadi, lepas aku balik dr McDonanld, aku dapat panggilan nun jauh dari Kuching.Terkejut aku dibuatnya sebab masa itu, mata aku dah mula menunjukkan isyarat bahawa ia sudah tidak dapat bertahan lama.Orang tersebut merupakan insan yang banyak memberi pengaruh pada diri aku sepanjang aku sebilik dengan dia semasa di hostel.Dia ialah senior aku yang paling aku cukup hormat dan teladan yang terdekat boleh aku contohi.

Jadi inilah perbualan kami yang dapat aku ringkaskan...Minta maaf sebab menggunakan loghat terengganu dan kelantan.Pandai-pandailah cari pakar bahasa kedua-dua negeri ini kalau nak faham perbualan kami ini.hehe..

Senior : Assalamualaikum, guana citer demo leni?

Aku : Waalaikumsalam, kawe sihat je, abe ngan orang rumah abe pon sihat ke?

Senior : Kawe ngan bini kawe sihat, Alhamdulillah.Demo guana belajor?bereh ke k.o?

Aku : Haha, kawe dok reti nak citer kat abe, macam-macam kawe ade masaloh leni.

Senior : Laa cuba demo royak kat kawe, mana tahu kot kawe bole tolong demo?

Aku pun menceritakan masalah yang aku hadapi, tapi bukan semua dapat aku ceritakan.Ada juga bahagian yang aku sorokkan yang tak dapat aku ceritakan.Jadi, ini antara cadangan senior kepada aku.

Senior : Oh dulu, kawe pon ada masalah macam demo gop.Sebelum kawe dapat bini kawe leni, payoh ngat kawe nak dapat dier.Kawe amik masa sapa setahun setengah nak dapat dier.Mujur,Alhamdulillah, terbuka jugop hati dier terima kawe.
Aku : Oo, lagu tu ker?dah guana abe buat? tapi, bukang ke kapel tu saloh ke dalam agama kiter?

Senior : Bagi kawe, kalo senang je demo dapat mana-mana gewe, maknayer senang jugop la demo akang terlepas dier. Jadi kalo demo suka kat mana-mana gewe, demo kena la usaha dulu.Walaupon payoh guana pon, demo kena try dulu.Jangan cepat mengaloh.Biler masa demo dh dapat dier lepah bersusoh payoh nak dapat dier, masa tu la baru demo tahu nak hargai dier.

Aku : Abih, abe buat guana nk dpt bini abe?

Senior : Masa kawe dulu, ramai saing-saing kawe pon berkenaan kat dier, tapi dier dok layang sorang habuk pon.Kawe pon try la jugop sapa la lepas kawe bt .....(maaf,aku tak boleh ceritakan bahagian ini), barulah dier sedor yg kawe btol2 ikhlas nk dpat kn dier.Last-last, dier bagi respon gop kat kawe.
Aku : Payoh gop masa abe nk dpt dier.Separuh mati gop ek?haha..Abis tu demo kapel ke dop?

Senior : Cam ni, demo kalo suka kat mana2 gewe pong, demo kena ingat ada Allah duk tengok kiter suma. Kawe masa zaman dok nikoh lagi, kawe cuma tepong @ sms dier sminggu skali je.Kawe dop bt macam org len, sapa nak-nak ari duk gayut @ sms.Kalo kiter bt g2, memang hanyut la lama-lama.Lagi pon, perasaan ni anugerah dari Dia, jd demo kena banyok berdoa dr Allah biar hubungan demo ngn gewe demo ni dop berlandaskan nafsu semata-mata. Pah2, demo kena mitok izin dr mok ayoh gewe tu.Demo kena royak menda tujuan kat orang tua dier.2 yang semolek-moleknyer.Jgn berahsia ngn mak ayoh.Kalo bole biar kedua-dua belah keluarga demo ngn dier tahu pasal ni.Kalo kawe tubik ngn dier pon, kawe x pernoh kuor secara berdua.Bese kawe ajok adek kawe x pon saing dier hop puang teman dier.

Aku : (Aku terdiam lepas dengar penjelasan dari senior aku) Abis 2, demo rasa patut ke kawe dptkn balik ex gewe kawe 2?

Senior : X saloh kalo demo nk cuba, tapi jgn demo paksa dier.Kalo dier x mboh, cukup la.Banyok lagi gewe laing.Pah2 kalo demo dpt semula dier, demo jgn layan dier lebih-lebih, layan dier mcam kawan biasa tp kena paham hati dier.Sekali skala tepon la mak ayoh dier tanya kabo.2 baru comey.

Aku : Ooo g2.tima kasih abe,wi bnyok nasihat kat kawe.Insyaallah kawe akn cuba ikut nasihat abe. K r abe, kawe ngatok dh ni.Assalamualaikum..

Senior : Waalailkumsalam

Ada sedikit sebanyak yang telah aku ubah ayat ini dan kandungan yang tidak dapat disiarkan, namun isi kandungan masih tetap sama.Terima kasih kepada seniorku yang memberikan aku motivasi untuk menaikkan semangat aku!

Tuesday, May 4, 2010

Setelah sekian lama...

Lepas sembahyang subuh pagi tadi(4.5.2010), aku pinjam sekejap broadband kawan aku.Tak tahu mengapa tiba-tiba hatiku terpanggil untuk membuka blog kawan aku..Selepas aku membaca blognya, barulah aku tersedar yang aku rupanya memang bodoh!!!Aku menyerahkan diri aku kepada neraka rupanya.

Kenapa aku berkata begitu?Selepas aku membaca blog kawan aku, aku buat sedikit bacaan tentang couple sebelum kahwin.Hasilnya, aku memang betul-betul terkejut, kerana hampir semuanya mengatakan couple sebelum kahwin adalah HARAM disisi agama..Astaghfirullah, apa yang telah aku buat sebelum ini?

Apa yang menarik perhatian aku ialah, jatuh cinta bukannya suatu perkara yang aneh namun ia adalah perkara biasa tapi cuba kita renungkan, adakah itu suatu jaminan bahawa seseorang yang kita cintakan itu adalah jodoh kita?Jadi kenapa kita terkejar-kejar untuk couple?Adakah kerana itu gaya orang masa kini?Sebenarnya tak salah untuk jatuh cinta tapi jatuh cinta itu haruslah kena pada orang dan masanya.Contohnya jatuh cinta kepada si isteri atau si suami.Itulah sebaik-baiknya...

Apabila aku merenungkan kembali masa lalu aku, aku berterima kasih kepada sesorang yang pernah aku sayangi dulu, kerana tanpa keputusannya itu, mungkin aku dan dia akan terus hanyut dibuai perasaan cinta yang belum tentu membawa kami kemana-mana.Keputusannya adalah amat tepat dan aku memang mengagumi dengan dirinya kerana berpegang teguh dengan pendiriannya.

Untuk yang terakhir, aku ingin mengatakan sekali lagi, aku akan cuba menjauhkan diri dari couple dan jika benar aku nak couple, aku memohon pada Mu agar Kau hanya couple kan aku dengan isteri ku sahaja..Aku tak mahu terus terjebak dengan perkara yang membawa kepada kemurkaan Mu ya Allah..Kepada insan di luar sana, aku berharap korang dapat pertimbangkan keputusan korang jika ingin couple.Khas untuk untuk si dia, aku akui aku masih belum mampu membuang perasaan cinta kepada dirimu, namun aku takkan sesekali akan menghampiri dirimu ke arah couple.Aku percaya kepada takdir yang telah tersurat untuk kita dan jika suratan takdir mengatakan bahawa kita berjodoh, maka dengan izinNya kita akan bersatu jua akhirnya.Untuk masa sekarang, cukuplah kita sekadar berkawan...

Sunday, May 2, 2010

Spoon - Rindu Serindu-rindunya

Spoon - Rindu Serindu Rindunya

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

( korus )
Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli

Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu

Friday, April 23, 2010

Kabadi kabadi kabadi...

Esok aku kena jadi pengadil untuk permainan Kabadi..Mujur aku dah tahu sedikit sebanyak game nih, itu pun lepas tengok cerita Hindustan tajuk apa entah, aku x ingat.Yang aku ingat cuma Heronya Shah Rukh Khan main Kabadi semata-mata nak rebut kembali awek dari orang jahat..Kurang-kurang aku kenal gak apa itu Kabadi kalau nak banding ngan member-member aku yang lain langsung x tahu apa-apa.hehe...

Satu je yang paling aku nak tengok esok, camner strategi yang diorang nak pakai masa nak main nanti..Sebab semalam masa dapat taklimat cara nak main game nih, payah jugak nak dapat mata terutamanya masa nak larikan diri lepas sentuh pihak lawan..Jadi kepada member-member aku yang main Kabadi nih, pandai-pandai la korang fikirkan cara nak menang..Kalao korang main mengelat @ kotor, maka kad kuning & kad merah aku siap sedia untuk dilayangkan kat korang.hehe..

Tuesday, April 20, 2010

Apa nak jadi?

Oh praktikum dh habis, tp ak rasa lagi best duk kat sekolah kalo nk banding ngn duk kat maktab..Apsal ak cakap cmni?Report fizik sahaja lebih kurang 12 kot,pastu ngn asgment BI, report utk lawatan ke KL..Ishh banyak betol kerja-kerja yang ak kena buat nih..Ni lah padahnya kalo kerja asyik bertangguh je,x pasal2 bt serabut kepala.haha..

Ni kisah ak plak..makin hari, makin ak merindui dia..Ak harap dia sihat selalu dan gembira walaupun ak jauh darinya...

Saturday, April 3, 2010

Panas tapi best!

Minggu lepas,kalau member2 housemate ak sibuk bt lesson plan nk mngajar, ak plak sibuk bt persiapan utk kejohanan sukan utk sekolah ak..Selama 3 hari ak dpt "bercuti" dr bt lesson plan..ye la hari Isnin ada latihan utk perbarisan, hari Selasa dh bermula kejohanan sukan utk sesetengah acara yg ada saringan macam lari pecut 100m & hari Rabu plak kemuncak hari kejohanan..ak dilantik menjadi urusetia rumah kuning bersama-sama guru lain..Tugas ak kena ajar budak2 ni mcamana nk bt berkawad & berjalan utk perbarisan & tlg guru-guru rumah ak bt hiasan utk khemah rumah kuning..Mujur la budak2 ni dh ada asas kawad jd x der la susah sgt utk ak ajarkn diorg.huhu..

tp yg paling x boleh blah, spanjang 3 hari cuaca memang panas..panas mcm air kopi o panas.hehe..mujurlah ada seorang guru ni sponsor air.Air twister ooo.sorang dpt sbotol...memg best dpt minum air sunkist yg msam manis masa tekak tgh kering.huh..Disebabkn hanya ak seorg je cikgu lelaki yg ada dlm rumah kuning(spatutnyer ada lagi seorg tp dia bhg jurugmbar) maka secara automatiknyer ak kena "kerahan tenaga".haha..tp ak x kisah pon sebab sparuh dr prhiasan yg ada utk rumah ak 2 hasil dr idea & kerja tgn ak sndiri.hehe..Maskot rumh ak yang comei tu dtg dr idea ak iaitu Miss Bee.hehe...

Member ak yg lain umme & najah plak jd urusetia rumah merah..Baru ak tahu rupanyer rumah kuning & rumah merah ialah rival sejak dr dulu lagi.haha..tak kira dalam apa jua pertandingan kedua-dua rumah ni akan bersaing nk tunjuk siapa yg paling OTAI..jd utk hari kejohanan rumah merah mengalahkan rumah kuning namun utk juara keseluruhan dimenangi rumah kuning..Kesimpulannyer utk tahun ini rumah kuning la yg paling OTAI.haha..satu lagi masa penyampaian hadiah akan terdengarlah Yeaa!!!Yea!!!Yeaa! dan akhir skali Boo!!...Yea!!! yg pertama utk juara & Boo!! plak utk yg tempat last.macam2 la budak2 ni.. =)

Gambar tak der lagi tp bakal menyusul lepas ni..

Sunday, March 28, 2010

Macam-macam ada!

Hari ni ak asyik duk kena ty soklan yg sama je ngn student ak, sampai x larat ak nk jawab..tp nak @ x nak kena jwab gak..rata-rata soklan bunyi cmni "cikgu, cikgu sbenarnyer ustaz ke sir?"haha pening2 ak nk jwab..semua ni gara-gara ak t'libat dlm kem solat bestari yg sekolah ak anjurkn..sebenarnyer ak bt praktikum mngajar sains tahun 2 & 5 tp kerana 2 jam jd fasilitator utk kem solat bestari, ak dpt title ustaz plak..adui lawak2..mentang2 la ada lagi 2 org mmber ak yg prktikum skali ngn ak tu ustaz,budak2 ni assume ak pon ustaz gak..adoii la..dlm spnjang hayat ak, x pernah pon lagi ada org pnggil ak ustaz,kiranyer ni first time la.huhu..

x kisah la ustaz @ sir, janji ak syok giler kat sini..esk plak ada latihan utk sukan sekolah, pastu hari selasa & rabu plak hari sukan..hari khamis cuti!!YEAH!!!

Wednesday, March 24, 2010

Ice breaking...

Hari ni hari keempat ak di SK Kebor Besar..Tak sempat nk nk update blog sebab duk pening kepala cmna nk mngajor & kumpul bahan-bahan..Esok ak akan mula mengajar tahun 2, cuak ada excited pon ada.. =)

Hari pertama ak sampai di sekolah SK Kebor Besar,ak mendapat kejutan yg cam best..ak berkenalan dgn seorang guru lelaki,muka bole tahan hensem,baik n peramah..Ak pon menyapa la guru tersebut betanyakan nama & mengajar subjek apa.Lpas tu dier plak ty,awak dari Batu Rakit kan?Ak pon jawab la "aah,kami 3 org dr batu rakit amik kursus sains"..tetiba je dier ty,awak kenal tak izzah?ak tkejut la apsal dier tanya cmtu..ak cuma anggukkn kepala la,pastu dier kata "izzah tu adik saya".Pergh!!!tkejut beruk ak,rupanyer abg kpd classmate ak mngajor kat sini rupanyer..haha..Lepas ak tgk btol2 muka dier,memg sbijik mcm izzah..cuma abg dier ada misai je & izzah x kn la ader misai plak kn?hehe =p ..jgn maroh ye izzah?

Hari kedua, ak,najah,umie,wafi & naim baru dpt jadual mngajor..mujur la ak dapat tahun 2 Cemerlang & 5 Bijak..dpt plak ngn Cikgu Mansor sbg guru pembimbing.memg best!!Cikgu Mansor ni cikgu serba boleh, dr jawatan penyelaras UPSR,cikgu disiplin,cikgu math,cikgu muzik semua dier pegang.Apa yg paling ak tabik ngn cikgu Mansor ni,setiap pagi dier akan mengetuai semua pelajar darjah 6 utk membaca Yaasin beramai-ramai,padahal dier bukn ustaz pon..Caya la cikgu pembimbing ak nih..Hari ni jugak la ak bt kali pertama masuk dlm kelas..Ak bt ice breaking je sebab cuma 1 masa..ak bt muka mcm seekor rimau yg mcm nk mkn org..orait gak la sebab ak bole kontrol klas.dari 3 barisan dlm kelas tu,ak bole kontrol 2 barisan..not bad la utk baru ptama kali msuk dlm kelas.hehe...

Hari ketiga, ak msuk ke kelas darjah 5 Bijak..kali ni ak ak try pendekatan baru.ak mintak semua murid ak perkenalkn diri dlm bahasa inggeris..kalut budak2 tu,nk speaking dlm BI.hehe..bunyi pon slang terengganu..huhu..spatutnyer cmni, "my name is akmal" tp ramai dr diorg ni bunyiknyer "my neng ih akmal".haha ak sakit prut kontrol tak nk ketawa.petang plak ada larian 100m utk rumh merah & biru..ak cikgu rumh kuning tp dtg gak..nk jd spy kononyer.hehe..apa yg ak paling x boleh blah budak2 ni masa berlari main redah je..pada awalnya berlari ikut lorng masing2 tp baru separuh jalan tetiba je dari ada 4 lorong jd 1 lorong.bole plak diorg blari jd satu barisan.haha!!!lawok2...

Bagi ak,memg best la bt praktikal kat skolah ni..cikgu2 memang sporting abis,kelakar plak 2.ehe..

Wednesday, March 17, 2010

Mimpi itu cuma permainan syaitan?

Hari ni ak rasa jiwa ak cukup bergelora..sebabnyer spanjang cuti ni ak dikejar oleh bayang2 seseorang.Siapakah si dia tu biarkn hanya ak & dia shj yg mengetahuinya..Baiklah ak nk luahkan dlm hatiku skrg...

Mimpi pertama

Dahulu ak pernah bermimpi ak berjoging di Bukit Besar bersama si dia & seorang lagi kwanku..Pada awal mimpi tu kami bertiga berjoging sehinggalah sampai diselekoh,kwanku menghilangkn diri..mungkin dier laju kot?tinggalah kami berdua shja berjoging sama2.kami berjoging perlahan-lahan tanpa berbicara langsung sehinggalah tiba di suatu selekoh.Si dia tidak perasaan akan gaung yg ada keran terlalu asyik melihat pemandangn di sekitarnya sehingga ak terpaksa menarik lengannya.Nasib baik ak sempat bertindak..Tapi dia memarahi ak kerana menarik lengannya..dia mengatakan dia x suka lelaki menyentuhnya.Ak hanya mampu menjawab "hai tarik xxxx sendiri dr msuk dlm gaung pon salah ke?"lalu dia hanya tersenyum padaku..

Mimpi kedua

hari isnin(15/3/2010), sekali lagi ak didatangi mimpi yang sama iaitu mimpi yang pertama..lepas ak bangun dr tido,ak termenung jauh..kenapa ia dtg kembali?Bermula pada ketika itu juga,ak semakin gelisah namun ak hanya pendamkn sahaja perasaanku dari keluarga ku...

Mimpi ketiga

Ini mimpi terbaru yang ak alami iaitu pada mlm td..Dalam mimpi itu,sedang berlaku aktiviti sukan..ak tak tahu tiba-tiba ak boleh duduk disebelah dia.Ak duduk disebelah dia tanpa menghiraukan dia dan ak hanya memerhatikan aktiviti sukan yg sedang berlangsung..tiba-tiba dia bertanyakn padaku pendapat tentang sukan yg berlangsung itu.yg menghairankn ak,kami sangt mesra seolah-olah kami ialah suami isteri.kami bergurau senda,bt lawak jenaka dll..lepas itu ak trus x igt apa yg tjadi..


Ak sndiri jd makin bingung,kenapa mimpi ni seolah-olah mengatakn bhwa ak masih berpeluang mendpt kn dirinya kembali walhal kami sudah tiada apa-apa hubungan lagi..Mungkin kerana ak terlalu merindui dirinya sampai terbawa-bawa dlm mimpi..Ak cuma berharap jika benar ak masih memiliki peluang kedua,akan ku rebut & hargai peluang itu dgn sebaik-baiknya tapi jika benar ak tiada jodoh dgnnya,ak doakan dia bahagia disamping lelaki yang mampu menjga,mendidik & meyayangi dirinya sepenuh jiwa raga...

Monday, March 15, 2010

Untuk tatapan semua...

Ni la beberapa keping gambo yg dpt ak upload..nk tgk yg len bole bukak kat facebook ak.. =)



Geram btol ak tgk hamster nih..


Semasa kat UPM


Dunno why I love this pict very much??


Saya cikgu sains...


Pemandangan KL di malam hari


Seronok dpt tengok ragam org lain...


Oit kontrol macho ka?


Our Diva(Farhana) & K.Dayah


Tiah ngn D3000 & Odi tgh kesejukan


Beg sapa la nih?

Friday, March 12, 2010

UPM + SSBJ vs Mines + Mid Valley Megamall + Sunway Pyramid

Minggu lepas geng2 batch ak kecuali kelas agama pergi KL melawat UPM & SSBJ.Belajar pasal pengurusan sukan la kononnya..

Kami bergerak pagi Rabu dalam pkul 11.30 kalo ak x silap.Destinasi kami ialah UM a.k.a tempat kami menginap sepanjang di KL..Masa bas kami berhenti utk makan tengah hari kami makan kat "KLCC" kat Cheneh..Apa barang baru sampai kat Cheneh tapi dh jumpa "KLCC".Tergelak ak masa nmpak signboard 2..pandai gak tokei kedai ni exploit nama KLCC nih.ak dh x igt apa mksud KLCC tu.patut ak catat bole ak share ngn korang kat sini.

Kami sampai di kolej 12 UM pukul 9.15..ak,leh,jakpak ngn beso duduk sebilik..weh cmna nk tido ni,katil ada 2 je tp ada 4 orang..hasil dr kreativiti leh ngn beso,diorg tarik tilam letak kat bwah.pastu time tido bantal letak kat tengah2 & sorang menghadap arah berlawanan,kaki letak bwah meja study.kreatif gak member ak nih.ehe..

Yg ak paling x boleh belah,ak,nazemi ngn leh pergi marayau2 smbil mencari bilik air..ak hairan,apsal kat lantai kwasan bilik kami cuma simen biasa je tp lepas lalu kat pintu rintangan api ada mozek plak..ak bt derk je la,tetiba kami bertiga tnmpak perempuan india duk tgk kami dr jauh..ak ty la si Leh,apsal ada pmpuan kat blok ni?Leh cuma gelengkn kepala je..Akhirnya kami smpai di hujung blok & ternmpak la pintu bilik air..Si Leh ngn konfidennyer msuk dlam smentra ak ngn nazemi kehairanan cmna bole ada pmpuan kat blok kami.Tak smpai 20 saat Leh msuk ke bilik air,dier dh keluar smbil tgelak-gelak."korg tahu x,apa yg ak nmpak td?ak nmpak bxx tgantung dlm sana"haa??apalagi kami terus blah dr sana secepat mungkin.patut la geng pmpuan india duk perhatikan kami,rupanyer kami dh msuk area perempuan semasa msuk ke kwasn yg ada mozek..malu sioot..

Hari Khamis(4.3.2010)
Pukul 8 bas kami b'gerak ke UPM..ni kali ke-3 ak g UPM.masa kecik2 dulu la ak smpai kat sini,tgk abah ak konvo masa dpt degree ngn master.Insyallah nanti sampai la turn ak dpt master gak suatu hari nnti..Masa kat UPM, kitorg dgr taklimat dr En.Firdaus.bole tahan gak hensem mamat nih..Part paling kelakar masa kat UPM, masa lecturer ak sound kat kami."kamu tu nk jadi cikgu,bukannyer nk jd atlet!"haha cmna lecturer ak x sound,rata2 soklan yg kami ty semuanya menjurus pasal nk jd atlet..lagi satu, masa mmber ak yg duk sebelah ak ty soklan(nama rahsia) terketar2 tgn dier.cuak giler mmat nih..ak bole nmpak tngan dier terketar2 pegang microphone & dahi dier berpeluh..ak faham prasan dier,cmna x cuak kalo dh semua perhatian fokus kat dier sorg je...

Dlm pkul 11,kami ke Mines sementara nk tunggu pukul 1 nk pergi ke SSBJ..Kat sana sempat la jugk ak usha2 brg, x der yg menarik perhatian ak sbab hrga kat sana mahal lol..mana nk carik duit..

Pkul 2 kami smpai kat SSBJ..sekolh ni memg best sbab bajet mknn diorg mahal ooo..
Dlm RM20 siot.masa ak duk MRSM dulu,bajet utk satu kapla sehari RM6.75..jauh giler beza oo..Cmna x mahal bajet diorg,sekotak susu HL 1liter utk sorg plajar.perghh memg best..tp yg x best,mknn diorg memg btul2 pihak sekolah kawal..kami berpeluang menikmati mknn yg dimkn oleh pelajar kat sana..adoii tawar btol.gula,garam & perisa suma kena kawal dlm menu diorg..

Lepas perut terisi ngn mee goreng & air jambu batu kat SSBJ,kami ke Mid Valley plak..Dlm benak kepala ak nk layan Alice in Wonderland.yer la,mana x nyer ak x pernh tgk movie yg 3D..bersemangat ak ngn konco2 ak ni g ke tingkt pling atas..last2 lpas beratur pnjang nk beli tiket,tiket movie yg ak nk tgk tu tinggal 5 je lagi.kami ada 6 org,jd kena la batalkan hasrat yg menggunung ni.Alang2 dh smpai,bek layan gak movie len.bukn selalu dlm peluang nk tgk movie..Kami sepakat beli tiket Wolfman.Ak bole kasik 3 bintang je utk movie ni..x brapa best pon.

Ok,td citer psal movie kali ni masa nk blik plak..Kami SESAT!!!.buknnyer sorg duo org tp satu bas sesat.haha memg kelakar.masa dlm bas ak borak la ngn si Soda pasal plan utk esk..Tetiba dier kata eh,kita dh lalu jln ni..smpai 4 kali kami lalu jln yg sama & 4 kali jugak kami smpai di Mid Valley..Ak yg x tahu jln pon,bole igt jln nk ke Mid Valley..last2 dtg la hero yg bernama Siva.rupa-rupanyer driver bas kami x berapa nmpak signboard nk ke UM..akhirnyer Siva yg tunjukkn jln nk balik ke UM.pjlanan yg ptutnyer amik masa 15 minit je tp krn sesat jd sejam.huhu...

Hari Jumaat(5.3.2010)

Hari ni hari terakhir kami disini.pkul 8.30 kami ke destinasi terakhir iaitu Sunway Pyramid..Kat sana ak men ice skating.ni la bt pertama kali dlm hidup ak men ice skate..terketar2 ak masa mula2 jejakkn kaki dlm zon ice skating..baru msuk je dh jatuh terjelepuk..tu bru nk berdiri.Akhirnyer lepas 23 kali ak jtuh,dpt jugk ak berskating..Lecuter ak siap kata,awk ngn sharul sama je.mcamana awk x jtuh byk kali,org len blajar step by step tp kamu ni trus nk men laju2.kamu jtuh brapa kali Naqiuddin?ak jwab la 23 kali en..Elok la,sharul jatuh 27 kali & kamu plak 23 kali..kebiasaannyer masa ak jatuh ak akn marah2, tp kali ni ak jtuh rsa hepi plak..heran btol..

Lepas penat berskating,ak,farhana ngn biha g melantak kat Burger King.kali terakhir ak mkn masaa thun 2004..smpai je ak trus order whopper yg plng beso..memg best,maklum la dh lama sgt x mkn whopper.haha...masa kami dh nk bersiap nk bertolak balik ke KT,kami dimkalumkn ada 2 org pmpuan sesat..cmna x sesat,msuk pintu len,keluar guna pintu len..konfem la sesat.ehe..nsib bek dpt dijumpai kalo x kena tinggal kat sana la kot?hehe...lepas 2 org pmpuan ni dijumpai,diorg dismbut ngn cukup meriah.ala2 pengantin bru kawen g2.hehe..


Akhirnyer pkul 11 mlm kami selamat jugk smpai di IPG Kampus Dato Razali..walaupun kaki ak cukup lenguh tp ak brasa cukup puas hati..best dpt mkn angin ngn kwan2 cmni..ntah biler lagi dpt merasa peluang cmni?

Saturday, February 27, 2010

Assalamualaikum cikgu!!

Ni kisah antara anak seorang anak ngn umi dier..
Umi: Abang dpt sekolah mana nk praktikal?
anak: abang dpt kat sekolah Kebor Besar.
Umi: dah abang praktikal berapa lama?
anak : emm 4 minggu.tp debor(cuak) gop.
Umi : Pakpe nk debornyer?€
anak : Yer la,rasa mcm x redi je nk praktikal.mcm byk lagi ilmu yg x cukup..
Umi : masa praktikal r bru dpt tahu cmna nk mngajar.ambil pengalamn sebanyak mungkin
anak : emm.ok..abang cuba r jd cikgu sebaik mungkin..

hakikatnyer ak memg cuak giler nk mngajor.ak tgk senior ak dulu,berhempas pulas nk siap kan lesson plan..smpai x tdo mlm..agaknyer cmna la ngn nsib ak ek?



I'm a teacher!!!

Wednesday, February 24, 2010

Apa itu kehidupan

Sepanjang cuti tahun baru cina smpai skrg(hari rabu jam 3.54p.m.) ialah detik2 yang sangat menguji ketabahan diriku ini..banyak yg ak belajar dr pengalaman ini.jadi kat sini ak nk berkongsi pengalaman ak ini...semoga menjadi iktibar bt diriku pada masa depan..

i )Kerana mulut badan binasa
ii )Bersabarlah apabila menghadapi dugaan, banyakkan berdoa kepada Dia yang Maha Esa
iii)Solat hajat minta tenteramkan jiwa,alhamdulillah aku semakin tenang sekarang
iv )Setiap perkara yang buruk berlaku pasti akan disusuli dengan perkara yang baik kemudian hari
v )Solat isitkarah untuk diminta petunjuk
vi )Pastikan stamina diri dalam keadaan tinggi untuk buat aktiviti..penat berlatih senamrobik ooo
vii)Jangan mudah berputus asa

jadi aku berharap sangat2 yang aku akan tetap mampu berdiri menjadi diriku yang sebenar..jika ada siapa2 nak share pengalaman ngan ak,sangatlah aku alu-alukan..sekian untuk minggu ni..

Mulakan hidup dengan senyuman & nescaya anda akan gembira =)

Friday, February 12, 2010

Valentine oh valentine!!!

Terdetik hati ni nk tulis kat blog ni bila semalam ak keluar ngn adk ak..tnmpak la couple2 yg romantis gitu..i suap you and you suap i.isshh mnyampahnyer ak tgk.bukan nk kata ak jeles kat diorg,tp agak2 la sikit..ramai yg lalu lalang,pas2 ada lagi budak2 kecik..ni ke yg nk jd contoh kat budak2 yg x tahu apa2 lagi nih?

Berbalik pada topik asal,bulan februari ni a.k.a bulan kekasih bulan yg ditunggu oleh semua couple..nak tunjukkan kasih dan sayang mereka kat kekasihnyer..macam la hari len x bole tnjuk kasih & sayang..lepas kahwin kalo setiap hari nk tnjuk cinta kat suami @ isteri elok jugak 2,tp ni x kahwin tp gaya mengalahkan pasangan suami isteri yang baru berkahwin.

Jadi ak nak share la pengetahuan ak yg x seberapa ni kat kawan-kawan semua.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Jadi kalo dah keluar fatwa tp kenapa kita masih lagi celebrate valentine day??nk kata x tahu mcm x logik je sebab saban tahun ak dgr perkara yg sama,valentine haram utk org islam..jd jom kita sama2 renung2 kn diri kita n pesan la kat kawan2 kita yg len..

Thursday, February 11, 2010

Rehat kejap & Gong Xi Fa Cai

Akhirnyer dpt jugk tgn ak ni rilek dr pegang pen..mana tak nyer.stiap ari duk tulis,conteng itu ini..sakit jari telunjuk ak nih..kdg2 masa lect ak duk pot pet kat dpan, ak tgk ngn mulut melopong(nasib bek x der lalat,kalo x konfem bole bt srang dh,haha). Malas giler nk salin nota..ak ngaku ak ni buknnyer jnis rajin sgt pon..mlas mcm taik!!Assignment dh mula msuk,lpas ni jd haru biru la ak kali nih.Dah la lepas cuti mid sem nnti ak kena g praktikal.dh nk jd cikgu ak nih..Cikgu Naqiuddin!

Cuti thun baru cina ni,ak nk rehat jap smbil msj2 ngn si dia..rindu plak ngn si dia 2..maklum la ak busy & dier pon busy gak..So apa pon ak nk ucap SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada kawan2 ak yg chinese.GONG XI FA CAI!!


Friday, January 29, 2010

Alkisah $$$

berdebar-debar siot ak masa 28.1.2010..manakn tak, elaun dijangka msuk hari tu..pergh lpas smayg subuh,ak siap doa lagi,minta msuk la dlm elaun ak..so lpas abis je kelas bi,trus ak g kat BSN smngat py psal nk tgk elaun..Masa ak on the way nk g BSN, ak t'serempak ngn junior ak, britaw yg elaun dh msuk..dlm ati ak kta "yes,yes come to papa, elaun", lgi bsemngat la ak n mmber2 ak nih.Kwn ak Syafiq dgn penuh smngat cocoh kad(bhs terengganu) kat dlm atm tu..tgk2 baki elaun RM1.16..haha t'gelak kitorg semua kat c2..hampeh btol la..pas2 kitorg dgn moral down nyer g lepak smnetara nk tnggu klas kimia..dlm tgh "berkabung" elaun x msuk, tetiba kwn ak sorg ni mnjerit,"weii elaun kiter dh msuk!!ak bru dpt pnyata"..trus beso mata kitorg ni..kalah burung antoo..apa lgi, terus bukak topik planning nk beli apa..Plan ak utk sem ni nk bli xternal hard disk 320gb..bole la copy movie n anime byk2.haha...

Saturday, January 16, 2010

Hari malang bagi seorang sang pencuri

Akhirnya sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua..tu la nasib bagi seorang pencuri..lebih kurang dalam pukul 10 mlm tadi(15 Januaari 2010),kampung aku kecoh siot..Apasl kecoh2 ni? Ni seorang pencuri kena berkas ngn org kg kerana dgn selambanyer mkhluk x taw malu 2 merembat beg tangan tetamu jiran ak..memg stylo la cara dia mncurik..dlm beg tgn 2 ada dt(ak x taw brapa byk dt ada dlm 2 tp yg pasti dt yg ada dlm 2 duit yuran budk skolah) ngn hp nokia 6510 slide..dt dier pass kat kwan dier n hp plak dier sorok kat tepi kubur.korng msti x tlintas bukn nk sorok brang kat kubur?tp budk ni memg brani..

Lupa plak ak nk kasik biodata si pncuri nih..umur 16 thun, x bersekolh, hobi pecah msuk rumh org, pendek n kurus kering..yg bt ak mnyampah ngn budk ni, dh la g mencuri rumh jiran dier sndiri, pas2 x nk ngaku plak biar pon dh knatoi ngn adk ak..adk ak tnmpak mamat nih bt larian pecut lepas dpt kebas beg tgn..kata adk ak,bole msuk acara 100m pecut budk 2..py la laju dier lari, tp nk lari cmna kalo moto yg kejo dier?haha..bodoh py budak.

Makin teruk kes jenayah kat negara kita nih..kg ak sndiri x t'kecuali..Ak bdoa smoga prkara buruk x menimpa keluarga ak n kwn2 ak sekalian..

Saturday, January 9, 2010

MQA

Minggu pertama ak kat IPG KDRI nih dh mula bt ak pening kapla..hari pertama lecturer dh mitak folder yg zaman ak foundation ari 2 sebab MQA dtg nk tgk folder kitorg..perghh pening siott..mana nk carik ntah..dh 3 thun bru nk mintak.adoii laa.nsib bek gak ak kena yg senang gak..carik folder utk GERKO Futsal.Ak jumpa la ngn lecturer ak En. Edy nk ty psal folder.Alhamdulillah nsib bek ada..kalo x mati ak nk carik mana silibus,kertas kerja,laporan,nota..

Kalo korg nk taw MQA ni Malaysian Qualification Agency..Agensi ni la yg bertanggungjawab nk luluskan atau x kursus kitorg nih..semua segi diorg nilai..dr silibus, kredit hour, attendance sampai la kerusi yg kitrog pkai ni..memg detail giler r diorg bt kerja..msti tensen lecturer ak nk bdepan ngn MQA nih..ak sndiri pon risau gak sbab ak slah sorg yg bakal kena interview ngn MQA.doakn ak dpt jwab soklan yg diorg kasik ek...