Powered By Blogger

Tuesday, May 4, 2010

Setelah sekian lama...

Lepas sembahyang subuh pagi tadi(4.5.2010), aku pinjam sekejap broadband kawan aku.Tak tahu mengapa tiba-tiba hatiku terpanggil untuk membuka blog kawan aku..Selepas aku membaca blognya, barulah aku tersedar yang aku rupanya memang bodoh!!!Aku menyerahkan diri aku kepada neraka rupanya.

Kenapa aku berkata begitu?Selepas aku membaca blog kawan aku, aku buat sedikit bacaan tentang couple sebelum kahwin.Hasilnya, aku memang betul-betul terkejut, kerana hampir semuanya mengatakan couple sebelum kahwin adalah HARAM disisi agama..Astaghfirullah, apa yang telah aku buat sebelum ini?

Apa yang menarik perhatian aku ialah, jatuh cinta bukannya suatu perkara yang aneh namun ia adalah perkara biasa tapi cuba kita renungkan, adakah itu suatu jaminan bahawa seseorang yang kita cintakan itu adalah jodoh kita?Jadi kenapa kita terkejar-kejar untuk couple?Adakah kerana itu gaya orang masa kini?Sebenarnya tak salah untuk jatuh cinta tapi jatuh cinta itu haruslah kena pada orang dan masanya.Contohnya jatuh cinta kepada si isteri atau si suami.Itulah sebaik-baiknya...

Apabila aku merenungkan kembali masa lalu aku, aku berterima kasih kepada sesorang yang pernah aku sayangi dulu, kerana tanpa keputusannya itu, mungkin aku dan dia akan terus hanyut dibuai perasaan cinta yang belum tentu membawa kami kemana-mana.Keputusannya adalah amat tepat dan aku memang mengagumi dengan dirinya kerana berpegang teguh dengan pendiriannya.

Untuk yang terakhir, aku ingin mengatakan sekali lagi, aku akan cuba menjauhkan diri dari couple dan jika benar aku nak couple, aku memohon pada Mu agar Kau hanya couple kan aku dengan isteri ku sahaja..Aku tak mahu terus terjebak dengan perkara yang membawa kepada kemurkaan Mu ya Allah..Kepada insan di luar sana, aku berharap korang dapat pertimbangkan keputusan korang jika ingin couple.Khas untuk untuk si dia, aku akui aku masih belum mampu membuang perasaan cinta kepada dirimu, namun aku takkan sesekali akan menghampiri dirimu ke arah couple.Aku percaya kepada takdir yang telah tersurat untuk kita dan jika suratan takdir mengatakan bahawa kita berjodoh, maka dengan izinNya kita akan bersatu jua akhirnya.Untuk masa sekarang, cukuplah kita sekadar berkawan...

0 comments: