Powered By Blogger

Sunday, May 16, 2010

Hari Guru & Hari Menyakitkan Hati

Mula-mula sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru dan para pelatih.Aku masih lagi dalam kategori pelatih yang bakal menamatkan kursus perguruan dengan jayanya.Insyaallah...

Malam tadi, aku bergaduh dengan kawan serumah aku.Semuanya gara-gara perangai dia yang tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan laptop aku.Siapa tak marah kalau dah memang terang-terangan buat salah tapi tidak mahu bertanggungjawab.Aku memang naik darah dengan dia!Kos membaik pulih laptop aku menelan belanja RM550 kerana kesilapan dia.Aku bukannya orang yang tidak berhati perut, aku cuma meminta dia bersama-sama dengan aku berkongsi kos membaiki laptop aku.Aku minta RM250 dari dia dan baki yang lain, aku yang tanggung kesemuanya.

Tapi kerana perangai yang kebudak-budakan, dia tetap berkeras tidak mahu berkongsi wang untuk membaiki laptop aku.Belajar agama tinggi-tinggi tapi macam ini ke perangai seorang ustaz yang nak mendidik anak bangsa?Kalau macam ini, jawabnya rosaklah anak murid ustaz yang tak matang ini.

Aku cukup hairan bagaimana dia ini nak hidup dalam masyarakat?Kalau ikutkan hati yang membara malam tadi, aku ingin mengatakan jika tidak mahu bertoleransi dengan aku, maka dengan segala hormatnya awak boleh keluar dari rumah sewa ini dan carilah rumah sewa yang lain.Tapi aku masih lagi waras, aku tidak sampai hati berkata sedemikian kerana aku tahu bahawa tiada seorang pun yang sanggup menerima dia.Boleh dikatakan hampir semua sedia maklum dengan perangai tidak matang si ustaz ini.

0 comments: