Powered By Blogger

Monday, June 14, 2010

Ragam manusia

Entah kenapa dalam diriku mengatakan seseorang itu cuma berpura-pura dengan aku.Adakah dia tidak puas hati dengan aku ataupun memang itu perangainya?Pening kepala apabila difikirkannya.Hairan betul dengan sifat manusia ini.Macam-macam ragam aku aku telah jumpa.Ada yang depan nampak baik tapi di belakang tikam kawan sendiri, ada yang sanggup berkorban untuk orang lain, ada yang asyik cemburu dengan orang lain, tidak kurang juga yang sangat baik hati dan ada juga yang berlandaskan nafsu semata-mata.

Bak kata seorang pesnyarah aku, ilmu yang paling hebat ialah pengalaman."Jangan awak sesekali memandang rendah orang lain kerana luarannya".Itulah antara prinsip yang aku pegang sekarang ini.

Jadi, aku akan cuba berhadapan dengan makhluk Allah ini dengan sebaik mungkin dan harap-harap hal ini tidak membelenggu aku lagi.Insyaallah...

Saturday, June 12, 2010

Tahniah untuk Shuieb



Kali ini blog aku berkisahkan seorang kawan masa sekolah rendah dahulu berkahwin dengan gadis pilihannya...Majlis kenduri pada 7.6.2010 cukup meriah dengan kehadiran aku kot?hehe..Shuieb kelihatan segak bergaya seperti gaya seorang pahlawan masa lalu dengan berbaju melayu warna putih dan keris di sisi pinggang.Aku turut berpeluang berjumpa dengan isterinya iaitu Za..Orangnya berkulit cerah, sederhana tinggi dan tinggal di Batu Enam.

Ini sedikt gambar yang aku curi dari kawan-kawan aku...


Ala-ala korea gitu.hihi



Romantiknya =)



Sehati dan sejiwa

Friday, June 4, 2010

Demam Piala Dunia

Selepas solat subuh pagi tadi, aku tidak berhenti-henti bersin...Ini mesti kes mengemas rumah sewa(bersihkan rumah sewa sebab mahu balik kampung).haha..Kemudian aku ke dapur untuk minum air kosong dikala kerongkong ini menjerit-jerit dahagakan air, tiba-tiba, aku disampuk oleh ayah aku.Ayah aku sedikit kaget melihat diriku, kerana berjalan sambil memegang hidung."Apa yang abang buat ke sana dan ke mari sambil tutup hidung tu?" aku cuma menjawab malas "selsema"..Selepas itu aku terdengar ayah aku ketawa sambil mengatakan "Hai, piala dunia belum mula lagi, tapi abang dah kena demam piala dunia?hahaha"...Aku pun apa lagi, ketawa bersama-sama dia sehinggakan gelas yang aku pegang itu hampir terlepas dari genggaman tanganku.

Sepak mula Piala Dunia akan bermula 11/6/2010 dan pasukan tuan rumah iaitu Afrika Selatan akan menentang Mexico.

Sudah pasti seluruh tumpuan dunia akan tertumpu di Afrika Selatan dan aku berharap pasukan kegemaran aku iaitu England akan menjulang Piala Dunia kali ini.Aku yakin dengan barisan pemain generasi emas ini akan mengakhiri kemarau piala dunia.

Thursday, June 3, 2010

Cuti!!

Kepala ini rasanya sangat ringan dan lega.Mana tidaknya, selama 2 minggu mendera otak untuk mengulang kaji pelajaran.Subjek yang paling aku geruni ialah tidak lain dan tidak bukan iaitu Energetic in Chemistry walaupun subjek kimia adalah salah satu mata pelajaran yang paling aku minati sehingga kini

Setelah habis kertas peperiksaan yang terakhir iaitu English, aku habiskan masa aku dengan bermain futsal sehinggakan sehinggakan aku "dibenci" oleh sesetengah kawanku kerana mereka berhempas pulas untuk menjaringkan gol sewaktu aku menjadi benteng terakhir sebelum mereka menjaringkan gol..hehe..Seronok betul apabila dapat menyelamatkan percubaan mereka dan menduga kemanakah bola itu akan disepak atau ditanduk.. =)satu kepuasan yang amat sangat..

Cuti ini aku berazam untuk berjoging di Bukit Besar selang dua hari.Aku tidak mahu menjadi rakan-rakan ku yang lain,makin hari makin malas untuk membuat senaman.Akan aku pastikan diriku ini kekal cergas!!!!