Powered By Blogger

Friday, April 23, 2010

Kabadi kabadi kabadi...

Esok aku kena jadi pengadil untuk permainan Kabadi..Mujur aku dah tahu sedikit sebanyak game nih, itu pun lepas tengok cerita Hindustan tajuk apa entah, aku x ingat.Yang aku ingat cuma Heronya Shah Rukh Khan main Kabadi semata-mata nak rebut kembali awek dari orang jahat..Kurang-kurang aku kenal gak apa itu Kabadi kalau nak banding ngan member-member aku yang lain langsung x tahu apa-apa.hehe...

Satu je yang paling aku nak tengok esok, camner strategi yang diorang nak pakai masa nak main nanti..Sebab semalam masa dapat taklimat cara nak main game nih, payah jugak nak dapat mata terutamanya masa nak larikan diri lepas sentuh pihak lawan..Jadi kepada member-member aku yang main Kabadi nih, pandai-pandai la korang fikirkan cara nak menang..Kalao korang main mengelat @ kotor, maka kad kuning & kad merah aku siap sedia untuk dilayangkan kat korang.hehe..

Tuesday, April 20, 2010

Apa nak jadi?

Oh praktikum dh habis, tp ak rasa lagi best duk kat sekolah kalo nk banding ngn duk kat maktab..Apsal ak cakap cmni?Report fizik sahaja lebih kurang 12 kot,pastu ngn asgment BI, report utk lawatan ke KL..Ishh banyak betol kerja-kerja yang ak kena buat nih..Ni lah padahnya kalo kerja asyik bertangguh je,x pasal2 bt serabut kepala.haha..

Ni kisah ak plak..makin hari, makin ak merindui dia..Ak harap dia sihat selalu dan gembira walaupun ak jauh darinya...

Saturday, April 3, 2010

Panas tapi best!

Minggu lepas,kalau member2 housemate ak sibuk bt lesson plan nk mngajar, ak plak sibuk bt persiapan utk kejohanan sukan utk sekolah ak..Selama 3 hari ak dpt "bercuti" dr bt lesson plan..ye la hari Isnin ada latihan utk perbarisan, hari Selasa dh bermula kejohanan sukan utk sesetengah acara yg ada saringan macam lari pecut 100m & hari Rabu plak kemuncak hari kejohanan..ak dilantik menjadi urusetia rumah kuning bersama-sama guru lain..Tugas ak kena ajar budak2 ni mcamana nk bt berkawad & berjalan utk perbarisan & tlg guru-guru rumah ak bt hiasan utk khemah rumah kuning..Mujur la budak2 ni dh ada asas kawad jd x der la susah sgt utk ak ajarkn diorg.huhu..

tp yg paling x boleh blah, spanjang 3 hari cuaca memang panas..panas mcm air kopi o panas.hehe..mujurlah ada seorang guru ni sponsor air.Air twister ooo.sorang dpt sbotol...memg best dpt minum air sunkist yg msam manis masa tekak tgh kering.huh..Disebabkn hanya ak seorg je cikgu lelaki yg ada dlm rumah kuning(spatutnyer ada lagi seorg tp dia bhg jurugmbar) maka secara automatiknyer ak kena "kerahan tenaga".haha..tp ak x kisah pon sebab sparuh dr prhiasan yg ada utk rumah ak 2 hasil dr idea & kerja tgn ak sndiri.hehe..Maskot rumh ak yang comei tu dtg dr idea ak iaitu Miss Bee.hehe...

Member ak yg lain umme & najah plak jd urusetia rumah merah..Baru ak tahu rupanyer rumah kuning & rumah merah ialah rival sejak dr dulu lagi.haha..tak kira dalam apa jua pertandingan kedua-dua rumah ni akan bersaing nk tunjuk siapa yg paling OTAI..jd utk hari kejohanan rumah merah mengalahkan rumah kuning namun utk juara keseluruhan dimenangi rumah kuning..Kesimpulannyer utk tahun ini rumah kuning la yg paling OTAI.haha..satu lagi masa penyampaian hadiah akan terdengarlah Yeaa!!!Yea!!!Yeaa! dan akhir skali Boo!!...Yea!!! yg pertama utk juara & Boo!! plak utk yg tempat last.macam2 la budak2 ni.. =)

Gambar tak der lagi tp bakal menyusul lepas ni..