Friday, April 23, 2010

Kabadi kabadi kabadi...

Esok aku kena jadi pengadil untuk permainan Kabadi..Mujur aku dah tahu sedikit sebanyak game nih, itu pun lepas tengok cerita Hindustan tajuk apa entah, aku x ingat.Yang aku ingat cuma Heronya Shah Rukh Khan main Kabadi semata-mata nak rebut kembali awek dari orang jahat..Kurang-kurang aku kenal gak apa itu Kabadi kalau nak banding ngan member-member aku yang lain langsung x tahu apa-apa.hehe...

Satu je yang paling aku nak tengok esok, camner strategi yang diorang nak pakai masa nak main nanti..Sebab semalam masa dapat taklimat cara nak main game nih, payah jugak nak dapat mata terutamanya masa nak larikan diri lepas sentuh pihak lawan..Jadi kepada member-member aku yang main Kabadi nih, pandai-pandai la korang fikirkan cara nak menang..Kalao korang main mengelat @ kotor, maka kad kuning & kad merah aku siap sedia untuk dilayangkan kat korang.hehe..

0 comments: