Powered By Blogger

Thursday, May 20, 2010

Selamat menduduki peperiksaan

20.7.2010 bermulalah tarikh kami warga guru pelatih ambilan januari 2008 menduduki peperiksaan..Enah macamana dengan peperiksaan kali ini?Ramalan aku, peperiksaan kali ini dijangka sangat sukar terutamanya bagi subjek Kimia dan English..Aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini..Sama-sama kita doakan kejayaan kawan-kawan kita yang lain =)

Sunday, May 16, 2010

Hari Guru & Hari Menyakitkan Hati

Mula-mula sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru dan para pelatih.Aku masih lagi dalam kategori pelatih yang bakal menamatkan kursus perguruan dengan jayanya.Insyaallah...

Malam tadi, aku bergaduh dengan kawan serumah aku.Semuanya gara-gara perangai dia yang tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan laptop aku.Siapa tak marah kalau dah memang terang-terangan buat salah tapi tidak mahu bertanggungjawab.Aku memang naik darah dengan dia!Kos membaik pulih laptop aku menelan belanja RM550 kerana kesilapan dia.Aku bukannya orang yang tidak berhati perut, aku cuma meminta dia bersama-sama dengan aku berkongsi kos membaiki laptop aku.Aku minta RM250 dari dia dan baki yang lain, aku yang tanggung kesemuanya.

Tapi kerana perangai yang kebudak-budakan, dia tetap berkeras tidak mahu berkongsi wang untuk membaiki laptop aku.Belajar agama tinggi-tinggi tapi macam ini ke perangai seorang ustaz yang nak mendidik anak bangsa?Kalau macam ini, jawabnya rosaklah anak murid ustaz yang tak matang ini.

Aku cukup hairan bagaimana dia ini nak hidup dalam masyarakat?Kalau ikutkan hati yang membara malam tadi, aku ingin mengatakan jika tidak mahu bertoleransi dengan aku, maka dengan segala hormatnya awak boleh keluar dari rumah sewa ini dan carilah rumah sewa yang lain.Tapi aku masih lagi waras, aku tidak sampai hati berkata sedemikian kerana aku tahu bahawa tiada seorang pun yang sanggup menerima dia.Boleh dikatakan hampir semua sedia maklum dengan perangai tidak matang si ustaz ini.

Monday, May 10, 2010

Hari Ibu

Umi, di sini anakanda mu ingin ucapkan Selamat Hari Ibu..Abang nak minta maaf jika terkasar bahasa dengan umi..Abang rasa, abang banyak buat salah dengan umi tapi umi tetap buat-buat tak tahu.Nak jaga hati abang.Abang beruntung dapat seorang ibu seperti umi.Umi, sekali lagi abang nak ucapkan Selamat Hari Ibu.

Love You So Much Rajmi bt Omar...

Friday, May 7, 2010

Perbualan antara junior dengan senior...

Bagus betul aku hari ini, pagi-pagi dah bangun awal.konon-kononya nak buat ulangkaji, maklumlah, tak lama lagi ada ujian akhir semester.Macam biasa, hangat-hangat tahi ayam, lepas baca buku 5 minit terus letak buku dan buka blog ini...

Malam tadi, lepas aku balik dr McDonanld, aku dapat panggilan nun jauh dari Kuching.Terkejut aku dibuatnya sebab masa itu, mata aku dah mula menunjukkan isyarat bahawa ia sudah tidak dapat bertahan lama.Orang tersebut merupakan insan yang banyak memberi pengaruh pada diri aku sepanjang aku sebilik dengan dia semasa di hostel.Dia ialah senior aku yang paling aku cukup hormat dan teladan yang terdekat boleh aku contohi.

Jadi inilah perbualan kami yang dapat aku ringkaskan...Minta maaf sebab menggunakan loghat terengganu dan kelantan.Pandai-pandailah cari pakar bahasa kedua-dua negeri ini kalau nak faham perbualan kami ini.hehe..

Senior : Assalamualaikum, guana citer demo leni?

Aku : Waalaikumsalam, kawe sihat je, abe ngan orang rumah abe pon sihat ke?

Senior : Kawe ngan bini kawe sihat, Alhamdulillah.Demo guana belajor?bereh ke k.o?

Aku : Haha, kawe dok reti nak citer kat abe, macam-macam kawe ade masaloh leni.

Senior : Laa cuba demo royak kat kawe, mana tahu kot kawe bole tolong demo?

Aku pun menceritakan masalah yang aku hadapi, tapi bukan semua dapat aku ceritakan.Ada juga bahagian yang aku sorokkan yang tak dapat aku ceritakan.Jadi, ini antara cadangan senior kepada aku.

Senior : Oh dulu, kawe pon ada masalah macam demo gop.Sebelum kawe dapat bini kawe leni, payoh ngat kawe nak dapat dier.Kawe amik masa sapa setahun setengah nak dapat dier.Mujur,Alhamdulillah, terbuka jugop hati dier terima kawe.
Aku : Oo, lagu tu ker?dah guana abe buat? tapi, bukang ke kapel tu saloh ke dalam agama kiter?

Senior : Bagi kawe, kalo senang je demo dapat mana-mana gewe, maknayer senang jugop la demo akang terlepas dier. Jadi kalo demo suka kat mana-mana gewe, demo kena la usaha dulu.Walaupon payoh guana pon, demo kena try dulu.Jangan cepat mengaloh.Biler masa demo dh dapat dier lepah bersusoh payoh nak dapat dier, masa tu la baru demo tahu nak hargai dier.

Aku : Abih, abe buat guana nk dpt bini abe?

Senior : Masa kawe dulu, ramai saing-saing kawe pon berkenaan kat dier, tapi dier dok layang sorang habuk pon.Kawe pon try la jugop sapa la lepas kawe bt .....(maaf,aku tak boleh ceritakan bahagian ini), barulah dier sedor yg kawe btol2 ikhlas nk dpat kn dier.Last-last, dier bagi respon gop kat kawe.
Aku : Payoh gop masa abe nk dpt dier.Separuh mati gop ek?haha..Abis tu demo kapel ke dop?

Senior : Cam ni, demo kalo suka kat mana2 gewe pong, demo kena ingat ada Allah duk tengok kiter suma. Kawe masa zaman dok nikoh lagi, kawe cuma tepong @ sms dier sminggu skali je.Kawe dop bt macam org len, sapa nak-nak ari duk gayut @ sms.Kalo kiter bt g2, memang hanyut la lama-lama.Lagi pon, perasaan ni anugerah dari Dia, jd demo kena banyok berdoa dr Allah biar hubungan demo ngn gewe demo ni dop berlandaskan nafsu semata-mata. Pah2, demo kena mitok izin dr mok ayoh gewe tu.Demo kena royak menda tujuan kat orang tua dier.2 yang semolek-moleknyer.Jgn berahsia ngn mak ayoh.Kalo bole biar kedua-dua belah keluarga demo ngn dier tahu pasal ni.Kalo kawe tubik ngn dier pon, kawe x pernoh kuor secara berdua.Bese kawe ajok adek kawe x pon saing dier hop puang teman dier.

Aku : (Aku terdiam lepas dengar penjelasan dari senior aku) Abis 2, demo rasa patut ke kawe dptkn balik ex gewe kawe 2?

Senior : X saloh kalo demo nk cuba, tapi jgn demo paksa dier.Kalo dier x mboh, cukup la.Banyok lagi gewe laing.Pah2 kalo demo dpt semula dier, demo jgn layan dier lebih-lebih, layan dier mcam kawan biasa tp kena paham hati dier.Sekali skala tepon la mak ayoh dier tanya kabo.2 baru comey.

Aku : Ooo g2.tima kasih abe,wi bnyok nasihat kat kawe.Insyaallah kawe akn cuba ikut nasihat abe. K r abe, kawe ngatok dh ni.Assalamualaikum..

Senior : Waalailkumsalam

Ada sedikit sebanyak yang telah aku ubah ayat ini dan kandungan yang tidak dapat disiarkan, namun isi kandungan masih tetap sama.Terima kasih kepada seniorku yang memberikan aku motivasi untuk menaikkan semangat aku!

Tuesday, May 4, 2010

Setelah sekian lama...

Lepas sembahyang subuh pagi tadi(4.5.2010), aku pinjam sekejap broadband kawan aku.Tak tahu mengapa tiba-tiba hatiku terpanggil untuk membuka blog kawan aku..Selepas aku membaca blognya, barulah aku tersedar yang aku rupanya memang bodoh!!!Aku menyerahkan diri aku kepada neraka rupanya.

Kenapa aku berkata begitu?Selepas aku membaca blog kawan aku, aku buat sedikit bacaan tentang couple sebelum kahwin.Hasilnya, aku memang betul-betul terkejut, kerana hampir semuanya mengatakan couple sebelum kahwin adalah HARAM disisi agama..Astaghfirullah, apa yang telah aku buat sebelum ini?

Apa yang menarik perhatian aku ialah, jatuh cinta bukannya suatu perkara yang aneh namun ia adalah perkara biasa tapi cuba kita renungkan, adakah itu suatu jaminan bahawa seseorang yang kita cintakan itu adalah jodoh kita?Jadi kenapa kita terkejar-kejar untuk couple?Adakah kerana itu gaya orang masa kini?Sebenarnya tak salah untuk jatuh cinta tapi jatuh cinta itu haruslah kena pada orang dan masanya.Contohnya jatuh cinta kepada si isteri atau si suami.Itulah sebaik-baiknya...

Apabila aku merenungkan kembali masa lalu aku, aku berterima kasih kepada sesorang yang pernah aku sayangi dulu, kerana tanpa keputusannya itu, mungkin aku dan dia akan terus hanyut dibuai perasaan cinta yang belum tentu membawa kami kemana-mana.Keputusannya adalah amat tepat dan aku memang mengagumi dengan dirinya kerana berpegang teguh dengan pendiriannya.

Untuk yang terakhir, aku ingin mengatakan sekali lagi, aku akan cuba menjauhkan diri dari couple dan jika benar aku nak couple, aku memohon pada Mu agar Kau hanya couple kan aku dengan isteri ku sahaja..Aku tak mahu terus terjebak dengan perkara yang membawa kepada kemurkaan Mu ya Allah..Kepada insan di luar sana, aku berharap korang dapat pertimbangkan keputusan korang jika ingin couple.Khas untuk untuk si dia, aku akui aku masih belum mampu membuang perasaan cinta kepada dirimu, namun aku takkan sesekali akan menghampiri dirimu ke arah couple.Aku percaya kepada takdir yang telah tersurat untuk kita dan jika suratan takdir mengatakan bahawa kita berjodoh, maka dengan izinNya kita akan bersatu jua akhirnya.Untuk masa sekarang, cukuplah kita sekadar berkawan...

Sunday, May 2, 2010

Spoon - Rindu Serindu-rindunya

Spoon - Rindu Serindu Rindunya

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Setelah kasih lama berlalu

Tidak mungkin kulupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..

Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis namamu

Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua

( korus )
Rindu ... rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh...oh
Pilu ... pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli

Malu ... semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu ... semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
Aku malu